Di mana-mana tempat kerja, kepentingan kasut keselamatan utama adalah untuk melindungi pekerja.
Majikan bertanggungjawab untuk memastikan pekerja mendapat perlindungan secukupnya di tempat kerja.
Perlindungan di tempat kerja bukan sahaja dapat melindungi pekerja anda daripada bahaya, namun ianya juga dapat meningkatkan produktiviti pekerja.
Oleh itu, majikan harus meyediakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang lengkap dan berkualiti kepada pekerja.
Salah satu peralatan perlindungan peribadi yang penting ialah kasut keselamatan.
Apakah Itu Kasut Keselamatan?
Fungsi kasut keselamatan adalah untuk melindungi kaki pekerja daripada segala bentuk bahaya terutamanya bagi mereka yang kerap bekerja di luar seperti tapak pembinaan.
Kasut keselamatan mempunyai pelbagai jenis. Majikan perlu memastikan pekerja anda memakai kasut keselamatan yang sesuai mengikut keperluan kerja.
Kami di Boxter sangat menitikberatkan keselamatan pekerja dan ianya merupakan keutamaan kami dalam proses pembuatan kasut keselamatan kami.
Jadi, kami telah menyenaraikan beberapa kegunaan safety boots di tempat kerja.
- Perlindungan daripada bahan berat
- Perlindungan daripada benda tajam
- Mengelakkan daripada terjatuh atau tergelincir
- Mencegah kepenatan melampau
- Mengelakkan kebakaran kulit
Perlindungan daripada bahan berat
Pekerja yang membawa bahan-bahan yang berat atau mengendalikan mesin/kenderaan berat mempunyai risiko yang tinggi untuk kecederaan kaki.
But kaki keluli (steel toe boots) dapat melindungi kaki daripada bahan berat yang jatuh.
But kaki keluli yang berkualiti sekaligus menyelamatkan syarikat daripada mengeluarkan duit yang banyak untuk rawatan.
Perlindungan daripada benda tajam
Terdapat situasi dimana pekerja perlu bekerja dengan benda-benda tajam seperti paku, kaca dan sebagainya yang boleh terpijak secara tidak sengaja.
Dalam situasi seperti ini, kegunaan kasut keselamatan yang mempunyai tapak tebal dan bahan anti penembusan (anti-puncture) yang lebih tebal dapat memberikan perlindungan yang lebih baik.
Ianya dapat melindungi tapak dan persekitaran kaki dari tertusuk atau ditembusi.
Mengelakkan daripada terjatuh atau tergelincir
Mengikut statistik kemalangan di tempat kerja, kemalangan jatuh atau tergelincir adalah antara kemalangan yang kerap terjadi.
Kepentingan kasut keselamatan yang dilengkapi dengan anti gelincir (anti slip safety shoes) dapat mengelakkan pekerja daripada terjatuh atau tergelincir di atas lantai yang basah dan licin.
Kegunaan safety shoes ini juga dapat mengelakkan pekerja daripada terjatuh dari tangga.
Mencegah kepenatan melampau
Di tempat kerja yang melibatkan tenaga kerja manual, pekerja terpaksa berdiri sepanjang hari di atas permukaan kasar dan keras seperti konkrit.
Ianya boleh menyebabkan keletihan pada otot di tapak kaki, kaki dan belakang badan yang akan bertambah teruk jika pekerja memaki kasut yang tidak sesuai.
Fungsi safety boots yang dilengkapi dengan kusyen dan sokongan yang betul dapat mengurangkan tekanan pada otot lalu meningkatkan keselesaan.
Pekerja akan berasa kurang penat sekaligus meningkatkan produktiviti di tempat kerja.
Mengelakkan kebakaran kulit
Kebakaran kulit daripada api, bahan kimia, simen dan sebagainya boleh berlaku di tempat kerja.
Untuk mengelakkan situasi ini, pekerja perlu memakai kasut keselamatan tahan api yang diperbuat daripada bahan kalis api dari suhu panas yang melampau.
Lindungi Pekerja Dengan Kasut Keselamatan Berkualiti
Kecederaan dan kemalangan boleh berlaku di tempat kerja pada bila-bila masa sahaja.
Sebagai majikan yang bertanggungjawab, menjamin keselamatan pekerja harus menjadi prioriti anda.
Oleh itu, kasut yang sesuai di tempat kerja adalah sangat penting. Jika anda mahu membeli kasut keselamatan secara pukal untuk pekerja anda, pilihlah Boxter.
Kami ialah pembekal kasut keselamatan Malaysia yang menjual pelbagai jenis kasut keselamatan mengikut situasi dan kegunaan.
Bukan itu sahaja, kasut keselamatan Boxter mempunyai kelulusan DOSH SIRIM demi memastikan kualiti kasut kami sentiasa terjaga.
Info lanjut: PPE Approval Guide to SIRIM SAFETY SHOES Malaysia
Beli secara pukal untuk pekerja anda amat dialu-alukan! Hubungi kami segera!
Dipercayai oleh Syarikat, Disayangi oleh Pekerja
Nippon Paint, MASkargo, Perodua, Honda, BMW, Sime Darby, Petronas, Top Glove dan banyak lagi.