kepentingan-kasut-keselamatan-di-tempat-kerja

Di mana-mana tempat kerja, salah satu kepentingan kasut keselamatan adalah untuk melindungi pekerja.

Antara salah satu tanggungjawab majikan ialah untuk memastikan pekerja anda mendapat perlindungan secukupnya di tempat kerja.

Perlindungan di tempat kerja bukan sahaja dapat melindungi pekerja anda daripada bahaya, namun ianya dapat juga meningkatkan kebahagiaan dan produktiviti.

Oleh itu, majikan harus membekalkan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang lengkap kepada pekerja.

Salah satu peralatan perlindungan peribadi yang penting ialah kasut keselamatan

Apakah Itu Kasut Keselamatan?

Kasut keselamatan bertujuan untuk melindungi kaki pekerja daripada segala bentuk bahaya terutamanya bagi mereka yang kerap bekerja di luar ataupun tapak pembinaan.

Kasut keselamatan mempunyai pelbagai jenis. Majikan perlu memastikan pekerja anda memakai kasut keselamatan yang sesuai mengikut keperluan kerja.

Kami di Boxter sangat menitikberatkan tentang keselamatan pekerja dan ianya merupakan keutamaan kami dalam proses pembuatan kasut keselamatan kami.

Jadi, kami telah menyenaraikan beberapa kepentingan kasut keselamatan di tempat kerja.

  • Perlindungan daripada bahan berat
  • Perlindungan daripada benda tajam
  • Mengelakkan daripada terjatuh atau tergelincir
  • Mencegah kepenatan melampau
  • Mengelakkan kebakaran kulit

Perlindungan daripada bahan berat

Pekerja yang membawa bahan-bahan yang berat atau mengendalikan mesin/kenderaan berat mempunyai risiko yang tinggi untuk membahayakan kaki mereka. 

But kaki keluli (steel toe boot) dapat mengelakkan kecederaan kepada kaki disebabkan oleh bahan berat yang jatuh. 

But kaki keluli yang berkualiti dapat mengelakkan kecederaan kepada kaki pekerja sekaligus menyelamatkan syarikat anda daripada mengeluarkan duit yang banyak untuk rawatan.


Perlindungan daripada benda tajam

Terdapat situasi dimana pekerja perlu bekerja dengan benda-benda tajam di atas lantai seperti paku, kaca dan sebagainya. 

Pekerja boleh terpijak benda-benda tajam itu secara tidak sengaja.

Dalam situasi seperti ini, but keselamatan yang mempunyai tapak tebal dan bahan anti penembusan (anti-penentrative) yang lebih tebal dapat memberikan perlindungan yang lebih baik. 

Ianya dapat melindungi tapak dan persekitaran kaki dari tertusuk atau ditembusi oleh benda tajam.


Mengelakkan daripada terjatuh atau tergelincir

Tempat-tempat kerja perlu mengambil langkah penjagaan yang lebih ketat untuk mengelakkan pekerja daripada terjatuh atau tergelincir. 

Mengikut statistik kemalangan di tempat kerja, kemalangan jatuh atau tergelincir adalah antara kemalangan yang kerap terjadi.

But keselamatan yang dilengkapi dengan anti gelincir (anti slip) dapat mengelakkan pekerja daripada terjatuh atau tergelincir terutamanya apabila bekerja di atas lantai/permukaan yang basah dan licin. 

Ia juga dapat mengelakkan pekerja daripada terjatuh dari tangga.


Mencegah kepenatan melampau

Di tempat kerja perindustrian dan tempat kerja yang melibatkan tenaga kerja manual, pekerja terpaksa berdiri sepanjang hari di atas permukaan kasar dan keras seperti konkrit. 

Ianya boleh menyebabkan keletihan pada otot di tapak kaki, kaki dan belakang badan. 

Hal ini boleh menjadi bertambah teruk jika pekerja menggunakan kasut yang salah dan tidak sesuai. 

Kepentingan kasut keselamatan yang dilengkapi dengan kusyen dan sokongan yang betul dapat mengurangkan tekanan pada otot lalu meningkatkan keselesaan pada si pemakai. 

Pekerja akan berasa kurang penat sekaligus meningkatkan produktiviti di tempat kerja.


Mengelakkan kebakaran kulit

Kebakaran kulit daripada api, bahan kimia, simen dan sebagainya boleh berlaku di tempat kerja. 

Untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku, pekerja perlu memakai kasut keselamatan tahan api yang sudah semestinya diperbuat daripada bahan kalis api dan suhu panas yang melampau.


Melindungi Pekerja Dengan Kasut Keselamatan yang Sesuai

Kecederaan dan kemalangan boleh berlaku di tempat kerja pada bila-bila masa sahaja. 

Sebagai majikan yang bertanggungjawab, menjamin keselamatan pekerja harus menjadi prioriti anda. 

Oleh itu, kasut yang sesuai di tempat kerja adalah sangat penting. Jika anda mahu membeli kasut keselamatan secara pukal untuk pekerja anda, pilihlah Boxter.

Kami ialah pembekal kasut keselamatan Malaysia yang menjual pelbagai jenis kasut keselamatan mengikut situasi dan kegunaan. 

Bukan itu sahaja, kasut keselamatan Boxter mempunyai kelulusan DOSH SIRIM demi memastikan kualiti kasut kami sentiasa terjaga.

Info lanjut: PPE Approval Guide to SIRIM SAFETY SHOES Malaysia

Pesanan secara pukal untuk pekerja anda amat dialu-alukan! Hubungi kami segera!

Perundingan secara PERCUMA!

Khidmat mesra pelanggan kami akan melayan anda sebentar lagi

Hubungi Kami Sekarang!

Dipercayai oleh Syarikat, Disayangi oleh Pekerja

Nippon Paint, MASkargo, Perodua, Honda, BMW, Sime Darby, Petronas, Top Glove dan banyak lagi.



Diuji dan Diperakui oleh Badan Pensijilan Bertauliah

iaf-logo
soba-logo
quality-assured-firm-iso-9001
intertek-logo
qualified-laboratory-staff-logo
tuv-rheinland-certified-logo
saso-logo
superbrands-awards-malaysia-2018
30days-exchange-policy-logo
top-quality-logo
100percent-satisfaction-logo
standard-malaysia-logo
approved-by-jkkp


Sertai Mereka untuk Menjadi Pelanggan Kami Seterusnya

Hubungi Kami Sekarang!

2022-testimonial-banner-slider-website-1-1920x594