tips-penjagaan-kasut-safety

Kasut safety merupakan salah satu peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang penting untuk melindungi kaki anda daripada bahaya di tempat kerja.

Ramai yang berangapan bahawa kasut safety tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana ianya memang tahan lama dan mampu untuk menghadapi sebarang keadaan.

Namun begitu, kasut keselamatan yang tidak dijaga dengan betul akan cepat rosak sekaligus menjejaskan keberkesanannya.

Oleh itu, untuk memastikan kasut safety anda sentiasa kekal lama supaya ia dapat terus melindungi kaki anda, beberapa langkah penjagaan perlulah diambil.

Faktor Mempengaruhi Jangka Hayat Kasut Safety

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi jangka hayat kasut keselamatan anda. Antaranya ialah:

Persekitaran Kerja

Persekitaran kerja yang tidak kondusif dan kasar seperti kilang kimia dan sebagainya boleh memendekkan jangka hayat kasut.

Disebabkan oleh sifat bahan kimia yang menghakis, kasut anda tidak akan kekal lama.

Tabiat Penggunaan

Tabiat penggunaan kasut yang salah seperti tidak menyimpan kasut di tempat yang sesuai boleh memendekkan jangka hayat kasut anda.


Cara Betul Penjagaan Kasut Safety

Walaupun anda menggunakan kasut safety terbaik sekalipun, jika anda tidak menjaganya dengan betul, ianya tidak akan kekal lama.

Oleh itu, di sini kami telah menyenaraikan beberapa tips penjagaan kasut keselamatan yang betul.

tips-penjagaan-kasut-safety

Bersihkan Kasut Safety dengan Kerap

Anda disarankan untuk membersihkan kasut keselamatan anda setiap hari selepas kerja.

Hal ini kerana banyak habuk dan kekotoran boleh terperangkap dalam kasut sepanjang waktu bekerja.

Untuk membersihkan habuk dan kekotoran yang melekat di kasut, anda boleh menggunakan berus but kering.

Anda juga disarankan untuk mencuci kasut menggunakan air suam, sabun dan span setiap minggu. Cara ini sesuai untuk kasut yang diperbuat daripada fabrik.

Simpan Kasut Safety di Tempat yang Sesuai

Jika kasut sudah tidak digunakan, anda haruslah menyimpannya di tempat yang kering dan mempunyai peredaran udara yang baik.

Elakkan menyimpan kasut di tempat yang lembab dan tertutup bagi mengelakkan kasut anda ditumbuhi kulat.

Elak Menggunakan Kasut Safety Yang Sama Setiap Hari

Pastikan anda mempunyai kasut lebih. 2 atau 3 pasang kasut sudah mencukupi dan anda boleh memakainya secara bergilir-gilir.

Kasut anda akan menjadi kurang haus dan akan tahan lebih lama dengan cara ini.

Pakai Saiz Yang Betul

Banyak masalah kaki disebabkan oleh pemakaian saiz kasut yang salah.

Apabila anda memakai kasut dengan saiz yang salah, kaki anda akan cepat berpeluh dan senang melecet.

Peluh berlebihan akan menjadikan kasut anda lembab dan mudah ditumbuhi kulat sekaligus memendekkan jangka hayat kasut.

Gunakan Penggilat Kasut

Menggunakan penggilat kasut dengan kerap dapat mengekalkan fleksibiliti kasut dan menjadikan ia kalis air.

Selain daripada itu, kasut yang digilap juga lebih baik menahan kekotoran dan debu daripada melekat di kasut.

Cadangan bacaan: Easy Tips to Take Care of Your Safety Footwear


tips-penjagaan-kasut-safety

Beli Safety Boot Terbaik di Malaysia

Jika kasut yang anda gunakan sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan seperti tapak yang longgar dan rekahan, pastikan anda menggantikannya dengan kasut baru.

Ini adalah untuk memastikan kaki anda mendapat perlindungan yang secukupnya.

Oleh itu, selain daripada mengamalkan cara penjagaan yang betul, anda hendaklah memastikan anda hanya membeli jenama safety boot terbaik.

Safety shoes terbaik ialah kasut yang mampu tahan lama, memberi kaki anda perlindungan yang optimum dan sudah semestinya mempunyai kelulusan DOSH SIRIM.

Info lanjut: PPE Approval Guide to SIRIM Safety Shoes Malaysia

Kasut safety Boxter mempunyai semua ciri-ciri di atas. Kami adalah brand safety shoes terbaik di Malaysia.

Kami hanya menjual safety boot terbaik kepada pelanggan kami secara pukal mahupun secara sedikit.

Perundingan secara PERCUMA!

Khidmat mesra pelanggan kami akan melayan anda sebentar lagi

Hubungi Kami Sekarang!

Dipercayai oleh Syarikat, Disayangi oleh Pekerja

Nippon Paint, MASkargo, Perodua, Honda, BMW, Sime Darby, Petronas, Top Glove dan banyak lagi.



Diuji dan Diperakui oleh Badan Pensijilan Bertauliah

iaf-logo
soba-logo
quality-assured-firm-iso-9001
intertek-logo
qualified-laboratory-staff-logo
tuv-rheinland-certified-logo
saso-logo
superbrands-awards-malaysia-2018
30days-exchange-policy-logo
top-quality-logo
100percent-satisfaction-logo
standard-malaysia-logo
approved-by-jkkp


Sertai Mereka untuk Menjadi Pelanggan Kami Seterusnya

Hubungi Kami Sekarang!

2022-testimonial-banner-slider-website-1-1920x594