5-jenis-bahan-kasut-kerja-dan-kelebihannya

Adakah anda sedang mencari kasut kerja terbaik yang terdapat di pasaran sekarang? Tunggu dulu, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kasut safety boot terbaik, pastikan anda tahu bahan kasut keselamatan yang sesuai untuk kondisi kerja anda.

Hal ini kerana bahan kasut safety dapat mempengaruhi keselesaan, keselamatan,  dan juga mutu kerja anda.

Sebagai pengeluar kasut safety terbaik di Malaysia, kami ingin kongsikan jenis bahan kasut keselamatan dan kelebihannya supaya anda dapat membuat keputusan yang terbaik.

Cadangan bacaan: Kasut Keselamatan Terbaik di Malaysia 2021


Jenis Bahan Kasut Keselamatan

Kasut keselamatan diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, antara bahan yang popular adalah:

  1. Kulit
  2. Kulit Buatan
  3. Nylon Mesh
  4. Getah
  5. Bahan Komposit

Perundingan secara PERCUMA!

Khidmat mesra pelanggan kami akan melayan anda sebentar lagi

Hubungi Kami Sekarang!

5-jenis-bahan-kasut-kerja-dan-kelebihannya

Kulit

Kulit adalah bahan yang paling sering digunakan untuk membuat kasut keselamatan terutamanya untuk but kaki keluli dan jenis but kerja lain yang dipakai di tempat kerja.

Untuk kebanyakan orang, kulit adalah bahan yang paling digemari. Hal ini kerana kasut safety yang diperbuat daripada kulit adalah lebih fleksibel dalam pergerakan.

Dengan kasut keselamatan kulit, pergerakan dari satu tempat ke satu tempat di tempat kerja menjadi lebih mudah sekaligus meningkatkan tahap keselesaan anda pada setiap masa.

Selain itu, kasut diperbuat daripada kulit juga mempunya daya serap kelembapan yang baik untuk memastikan kaki anda sentiasa kering dan selesa.

Kasut keselamatan kulit juga boleh tahan lebih lama kerana ia mampu untuk menahan daripada haus dan koyak.

Kulit Buatan

Tidak semua kasut safety diperbuat daripada bahan kulit asli. Kulit buatan atau kulit sintetik juga sering digunakan dalam pembuatan kasut kerja.

Kasut kerja yang diperbuat daripada kulit buatan adalah lebih murah berbanding kasut yang diperbuat daripada kulit asli.

Vinil atau poliuretana adalah bahan yang biasa digunakan untuk menghasilkan kasut jenis ini. Selain daripada kos yang murah, kasut kulit buatan juga tahan lama dan telus air.

Walau bagaimanapun, kasut safety kulit buatan mempunyai beberapa kelemahan tersendiri.

Antaranya ialah daya serap kelembapan yang lemah, bermaksud kaki anda akan berasa lembap disebabkan oleh peluh yang tidak diserap.

Nylon Mesh

Jika anda ingin mencari safety shoes terbaik Malaysia yang ringan, kasut yang diperbuat daripada nylon mesh adalah yang paling sesuai. Hal ini kerana nylon mesh adalah bahan yang ringan.

Oleh itu, ianya dapat memudahkan pergerakan anda di tempat kerja. Selain daripada itu, kaki anda juga akan dapat bernafas dengan lebih baik sekaligus meningkatkan keselesaan kaki anda.

Walau bagainamanapun, ianya tidak telus air dan mungkin tidak dapat memberikan perlindungan optimum daripada faktor luar. Ianya juga cendurung untuk rosak dengan lebih cepat.

Getah

Antara kelebihan kasut keselamatan yang diperbuat daripada getah ialah ketebalannya.
Kasut kerja getah dapat memberikan kaki anda perlindungan yang lebih unggul terhadap faktor luar yang boleh mencederakan kaki anda jika anda tidak memakai kasut yang sesuai.
Kasut keselamatan getah adalah telus air namun ianya juga dapat menjadikan kaki anda kerap berpeluh.
Disebabkan oleh ketebalannya, kasut keselamatan getah mampu untuk tahan lama.
Walau bagaimanapun, kasut safety yang diperbuat daripada getah mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengehadkan pergerakan anda di tempat kerja.

Bahan Komposit

Bahan komposit adalah bahan yang menjadi semakin popular dalam pembuatan kasut safety terbaik. Komposit ialah gabungan antara dua atau lebih bahan untuk membuat kasut keselamatan.

Setiap bahan yang digunakan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, komposit adalah antara pilihan yang terbaik kerana kekuatan bahan lain akan dapat menebus kelemahan bahan lain.

Bacaan lain: Tips Penjagaan Kasut Safety


5-jenis-bahan-kasut-kerja-dan-kelebihannya

Beli Kasut Kerja Yang Diperbuat Daripada Bahan Terbaik

Kami harap dengan info ini, anda dapat membuat keputusan yang terbaik. Masih tidak tahu nak pilih yang mana? Jangan risau, Boxter sedia untuk membantu anda.

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk mendapatkan rundingan percuma anda. Kami akan membantu anda untuk membuat keputusan sebaik mungkin.

Sementara itu, anda juga boleh melihat koleksi kasut Boxter iaitu jenama kasut kerja terbaik di Malaysia.

Akhir kata, kami adalah pengeluar kasut borong terkemuka yang dapat memberi anda pilihan kasut borong bergaya yang paling sesuai untuk anda.

Perundingan secara PERCUMA!

Khidmat mesra pelanggan kami akan melayan anda sebentar lagi

Hubungi Kami Sekarang!

Dipercayai oleh Syarikat, Disayangi oleh Pekerja

Nippon Paint, MASkargo, Perodua, Honda, BMW, Sime Darby, Petronas, Top Glove dan banyak lagi.



Diuji dan Diperakui oleh Badan Pensijilan Bertauliah

iaf-logo
soba-logo
quality-assured-firm-iso-9001
intertek-logo
qualified-laboratory-staff-logo
tuv-rheinland-certified-logo
saso-logo
superbrands-awards-malaysia-2018
30days-exchange-policy-logo
top-quality-logo
100percent-satisfaction-logo
standard-malaysia-logo
approved-by-jkkp


Sertai Mereka untuk Menjadi Pelanggan Kami Seterusnya

Hubungi Kami Sekarang!

2022-testimonial-banner-slider-website-1-1920x594