Apakah jenis kasut keselamatan yang sesuai untuk pekerja?
Salah satu tanggungjawab majikan adalah untuk membekalkan pekerja mereka dengan kasut keselamatan.
Pekerja berhak untuk mendapatkan kasut safety terbaik. Sebagai majikan, anda hendaklah membekalkan pekerja dengan kasut keselamatan yang sesuai dengan pekerjaan mereka.
Dengan pemakaian alat perlindungan peribadi (PPE) yang betul, terutamanya kasut kerja, keselamatan pekerja akan lebih terjamin.
Bagi setiap majikan, menyediakan persekitaran kerja yang selamat adalah salah satu keutamaan.
Rujuk: Malaysian OSH Regulations
Namun, ada juga majikan yang tidak ambil kisah langsung tentang risiko keselamatan pekerja mereka.
Contohnya seperti majikan yang membekalkan pekerja mereka dengan kasut keselamatan yang berkualiti rendah dan tidak sesuai.
Ini bukanlah praktis yang bagus kerana kasut seperti itu tidak akan mampu untuk melindungi pekerja anda dengan sempurna.
Untuk menentukan jenis kasut keselamatan, anda boleh membuat analisis hazard di tempat kerja anda.
Berdasarkan keputusan analisis, anda boleh membeli kasut keselamatan yang paling sempurna untuk pekerja anda.
Apapun, jom tengok dulu pelbagai jenis kasut keselamatan yang sesuai untuk pekerja.
10 Jenis Kasut Keselamatan yang Melindungi Pekerja Anda
Kasut Keselamatan untuk Pemanduan
Kemalangan kereta boleh berlaku disebabkan kecuaian, DUI atau gangguan. Tetapi, kasut yang tidak sesuai seperti sandal, kasut tumit tinggi atau selipar juga boleh menyebabkan kemalangan.
Oleh itu, ianya adalah sangat penting untuk pemandu memakai kasut keselamatan untuk pemanduan yang dijamin dari segi keselamatan, ketahanan dan kualiti.
Sebab itu Boxter mencipta but keselamatan khas untuk pemanduan yang juga selamat digunakan untuk kerja industri berdasarkan standard CE EN ISO 20345: 2011.
Ciri-ciri khas kasut memandu
- Outsole diperbuat daripada bahan getah berkualiti
- Tapak anti gelincir dengan grip yang kuat
- Lapisan mesh udara yang selesa
- Senang untuk dicuci
Bacaan cadangan: How to Prevent Hazards with PPE
Kasut Safety Tahan Haba
Pekerja yang sering terdedah kepada suhu tinggi memerlukan kasut keselamatan yang boleh tahan haba melampau.
Manakala, kasut keselamatan biasa boleh terbakar dan mencederakan pekerja anda.
Oleh itu, Boxter telah mencipta rangkaian kasut keselamatan kalis api untuk mengelakkan kecederaan sedemikian.
Jika anda memakai kasut keselamatan yang betul, bekerja dalam persekitaran suhu tinggi akan menjadi lebih mudah.
Ciri-ciri khas kasut safety tahan haba
- Outsole diperbuat daripada bahan getah berkualiti
- Tapak anti gelincir dengan grip yang kuat
- Lapisan mesh udara yang selesa
- Senang untuk dicuci
Kasut Keselamatan High Cut
Jika pekerja anda mengadu ketidakselesaan ketika memakai kasut safety low-cut atau mid-cut, anda boleh membekalkan mereka dengan kasut keselamatan high cut.
Kasut safety high cut Boxter memberikan perlindungan tambahan di bahagian buku lali dan betis untuk perlindungan lebih menyeluruh.
Kasut protective jenis ini menjanjikan keselesaan dan keselamatan dalam setiap langkah terutamanya untuk pekerja yang bekerja dalam persekitaran bahaya atau pun atas permukaan yang tidak rata.
Bacaan cadangan: 6 Ways Safety Shoes Protect Workers
Kasut Keselamatan Wanita
Pekerja wanita juga memerlukan kasut keselamatan mereka sendiri.
Kasut keselamatan wanita dicipta untuk keselesaan, keselamatan dan gaya, sesuai untuk wanita yang ingin mencari kasut safety yang tahan lasak tetapi tetap feminin.
Pelbagai jenis kasut kerja untuk wanita boleh didapati untuk wanita yang bekerja dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan (but kaki keluli wanita) dan yang juga bekerja di hospital dan makmal (kasut keselamatan anti gelincir).
Selain itu, Boxter telah mengeluarkan kasut keselamatan ESD wanita yang boleh melindungi daripada objek elektrik dan caj elektrostatik.
But Kerja Lightweight
Boxter adalah pembekal kasut keselamatan lightweight terkenal di Malaysia.
Tidak seperti yang lain, Boxter menggabungkan teknologi dengan design berfungsi untuk tahap keselesaan dan keselamatan yang maksimum.
Kasut keselamatan lightweight adalah lebih ringan tetapi ia masih dapat memberi perlindungan yang optimal.
Manakala, kasut keselamatan yang berat mungkin kelihatan lebih kukuh dan kuat tetapi sebenarnya ia boleh memberikan tekanan melampau kepada kaki pekerja.
Kasut keselamatan lightweight Boxter dilengkapi dengan cap kaki komposit yang lebih ringan dan nipis daripada cap kaki keluli tapi anda tidak perlu risau kerana keselesaan dan keselamatan kasut tidak terjejas sama sekali.
But Safety Low Cut & Mid Cut
Kebanyakkan pekerja lebih memilih untuk memakai
Most workers prefer to wear kasut keselamatan buku lali atau kasut keselamatan middle cut. Selain daripada fesyen menarik, kasut jenis ini menjadikan bekerja dalam persekitaran industri yang sukar lebih mudah.
Oleh itu, Boxter mengeluarkan rangkaian kasut keselamatan terbaik seperti but kerja kaki keluli, kasut dengan tapak anti tusukan, kasut anti gelincir, antara kasut keselamatan heavy duty yang lain.
Ankle Boots for Workers Safety Shoes
Mid Cut Safety Boots
Kasut Safety Anti Gelincir
Kemalangan jatuh dan tergelincir boleh berlaku pada bila-bila masa, terutamanya di kawasan yang licin dan berminyak seperti restoran. Oleh itu, sesiapa yang bekerja di restoran hendaklah memakai kasut kerja restoran yang sesuai.
Kasut safety anti gelincir boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.
Sebab itu Boxter telah mencipta kasut keselamatan anti slip yang sesuai untuk permukaan basah dan berminyak. Kasut ini juga mematuhi standard CE EN ISO 20345:2011 jadi pekerja boleh memakai kasut keselamatan Boxter dengan penuh keyakinan.
Selain itu, kasut keselamatan anti slip yang selesa ini mempunyai tapak anti gelincir dengan grip yang kuat apabila terdedah dengan permukaan yang basah dan berminyak.
Tanpa ragu-ragu, kasut anti slip Boxter adalah ideal untuk kebanyakkan tempat kerja, termasuklah restoran, hospital, dan lain-lain.
Kasut Keselamatan Sukan
Sesetengah orang lebih suka memiliki banyak jenis kasut untuk acara tertentu. Sesetengah lagi hanya mahukan sepasang kasut yang sesuai untuk semua acara.
Jadi, Boxter telah memperkenalkan kasut keselamatan yang boleh dipakai untuk pelbagai tujuan; bekerja, bersukan dan pemakaian casual.
Dicipta untuk tahan lama, kasut athletic ini dibuat daripada bahan lightweight untuk memberikan pergerakan fleksibel dan perlindungan terhadap bahaya.
Wellingtons / But PVC
Selain tidak selesa, kasut safety yang basah akan meningkatkan risiko kecederaan. Pekerja yang bekerja dalam keadaan basah dan licin memerlukan kasut safety kalis air yang dapat melindungi kaki daripada basah.
Kasut Wellingtons Boxter diperbuat daripada bahan PVC berkualiti dan lapisan mesh yang lembut yang menghalang penyerapan air.
Dengan pemakaian kasut jenis ini, pekerja boleh bergerak dengan bebas tanpa risau basah dan kotor.
Lindungi dengan Kasut Keselamatan Pekerja yang Sesuai
Mencari kasut keselamatan yang sesuai untuk pekerja anda tidak sepatutnya menjadi suatu beban.
Sebagai majikan, anda hendaklah cakna tentang setiap bahaya yang ada di tempat kerja.
Pekerja bergantung kepada anda untuk membekalkan mereka dengan kasut keselamatan lightweight terbaik untuk apa jua kerja.
Tak tahu mana satu kasut safety yang pekerja anda perlukan?